musa

Pengarah
Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA)

Selamat datang ke laman web rasmi Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. PiPPA merupakan sebuah pusat latihan berasaskan penyelidikan (a research based training centre) hasil kolaborasi strategik antara USM dengan beberapa agensi dalam dan luar negara. Pusat ini menawarkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada kakitangan sektor awam di Malaysia dan juga negara membangun yang lain.

Antara keistimewaan yang ditawarkan oleh PiPPA ialah menterjemahkan latihan dalam bentuk yang praktikal ke arah memupuk dan menyuburkan budaya inovasi dan produktiviti di kalangan penjawat awam. Di samping itu, peserta program juga berpeluang menjalani latihan di luar negara melalui PIPPA – International Outreach Programme (PIPPA-IOP). PiPPA juga memberi fokus kepada usaha untuk membangunkan kompetensi teras di kalangan pengurus pertengahan dan ini ditawarkan melalui program Transformasi Organisasi Melalui Pendekatan Tadbir Urus Bersepadu (TUBE) serta pelbagai aktiviti latihan yang ditawarkan melalui program awam (public programme). Di samping itu, sebagai sebuah pusat latihan berasaskan penyelidikan, PiPPA juga menjalankan aktiviti penyelidikan dan perundingan terutamanya dalam bidang berkaitan pentadbiran awam.

Sekali lagi saya mengucapkan selamat melayari laman web PiPPA dan kami sentiasa terbuka kepada sebarang cadangan untuk memperbaiki laman web dan juga program anjuran kami.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam

Musa Ali