PULAU PINANG

Pengukuhan Teknik Siasatan Dalaman Untuk Sektor Awam (Domestic Enquiry)

Berdasarkan laporan pada tahun 2022 bertajuk Nations On Occupational Fraud And Abuse yang disiarkan oleh Association Of Certified Fraud Examiners (salah laku dan salah guna kuasa di peringkat organisasi telah menyebabkan kerugian dan ketirisan besar sehingga USD 8600 setiap bulan bagi setiap organisasi Laporan itu turut menyebut bahawa seringkali salahguna kuasa sehingga menyebabkan ketirisan ini tidak dapat dikesan dan tidak diambil tindakan sehinggalah 24 bulan lamanya.

Dengan demikian kursus ini penting bagi mempertingkatkan kemahiran pegawai agensi jabatan dalam mengesan salah laku yang berlaku di organisasi masing masing dan seterusnya menjalankan siasatan dalaman menyediakan kertas siasatan memperbaiki teknik susunan dan aturan kertas siasatan serta mengenal pasti kelemahan kelemahan laporan siasatan serta cara mengatasinya dan mempertingkatkan kemahiran dalam aspek pertanyaan siasatan dan pengurusan barangan kes. Modul kursus ini adalah berlainan dengan tatacara siasatan yang di jalankan oleh PDRM, SPRM atau mana mana agensi jabatan beruniform penguatkuasa yang lain kerana ianya berlandaskan siasatan dalaman peringkat organisasi bukan penguatkuasa beruniform berdasarkan kuasa terhad yang ada.

Maklumat Program

  • Nama program
    Pengukuhan Teknik
    Siasatan Dalaman Untuk
    Sektor Awam (Domestic Enquiry)
  • Tarikh Program
    16-17 Okt 2023
  • Tempat Pogram
    Pulau Pinang
  • Yuran
    PAKEJ A
    MYR 2,690*

    **Yuran termasuk penginapan bilik seorang, sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan sijil penyertaan tidak termasuk SST 6%. 'Check-in  15 Okt, dan 'Check-out 18 Okt.

    PAKEJ B
    MYR 1,800*

    **Yuran termasuk minum pagi, makan tengahari, minum petang dan sijil penyertaan tidak termasuk SST 6%
 

Maklumat Lanjut

Email kami

04.653.6058
pippa@usm.my

Alamat untuk dihubungi

Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA)
Aras 2, Bangunan TORAY, 11800 USM, Penang


Kandungan Program

• 4 Prinsip Penting Siasatan
• Teknik Siasatan
• Etika Dan Integriti Pegawai Penyiasat
• Tugas Utama & Peranan Pegawai Penyiasat
• Jawatankuasa Siasatan Vs. Penyiasat Individu
• Kaedah / Kuasa Menyiasat
• “Tools ” Siasatan
• Latihan Klinikal Asas
• Prinsip Temubual
• Senario Kes
• Menginstitusikan Jawatankuasa Siasatan Agensi
• Cara Penulisan Transkrip Temubual
• Format Laporan Siasatan
• Pelaporan Siasatan Yang Berkesan

Siapa patut hadir?

• Pegawai Yang Terlibat Dengan Siasatan Dalaman Agensi Jabatan
• Ahli Jawatankuasa Siasatan Dalaman Agensi Jabatan
• Pegawai Yang Terlibat Dalam Pengurusan Tatatertib Agensi Jabatan
• Pegawai Yang Terlibat Dalam Mengurus Dan Menerima Aduan Agensi Jabatan
• Pegawai Yang Menguruskan Sumber Manusia, Kewangan, Audit Dan Undang-Undang
• Kalangan Staf Yang Terlibat Dalam Menguruskan Prosedur Dan Fail Siasatan


Pemudahcara

Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia

Dr. Khairul Anuar bin Haji Che Azmi adalah Penasihat Undang Undang Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menyertai USM pada tahun 2008 dan merupakan peguambela dan peguamcara yang memiliki lebih daripada 24 tahun pengalaman sebagai pengamal undang undang dan peguambela & peguamcara di Malaysia dan di Adelaide, Australia. Bidang khusus beliau ialah segala yang berkaitan dengan integriti dan undang undang, salahguna kuasa dan rasuah serta hak harta intelek dan plagiarisme. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Undang Undang Universiti Awam Malaysia bagi penggal 2021 2023 dan Pengerusi Perhubungan Negeri ACeIO Pulau Pinang sejak tahun 2020. Beliau juga adalah Certified Legal Drafter of Royal Institute of Public Administration (International London UK Certified Arbitrator Malaysia Chapter, Certified Professional Intellectual Property Manager (daripada Malaysian Institute of Management (Certified Integrity Officer CeIO daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Certified Ombudsman from Pepperdine University, USA dan International Ombudsman Association dan juga Legal Entity Appointed Representative (of European Commission Di peringkat antarabangsa beliau aktif terlibat sebagai penceramah dalam bidang integriti harta intelek dan plagiarisme di bawah payung UNESCO ISTIC Training Workshop on Technopreneurship di pelbagai negara termasuk Thailand, Brunei, Kuwait, France, Sudan dan Trinidad Tobago di samping latihan dan penceramah yang berkaitan dengan integriti akademik dan Ombudsman di Paris serta di Seattle dan Los Angeles di Amerika Syarikat