11-13
Okt, 2022

9 Agensi Sektor Awam Sertai PIPPA IOP: TUBE©, di Bandung

Bandung, Indonesia

Seramai 15 peserta terdiri daripada agensi di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Awam (MAFI, MPIC, KPDNHEP, JPM, KPKT, JAPEN, KKMM dan KKM), Jabatan Ketua menteri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dan Universiti Putra Malaysia menyertai program PIPPA IOP: TUBE© Transformasi Organisasi Melalui Pendekatan Tadbir Urus Bersepadu di Bandung, Indonesia.

Sejak diperkenal pada 2013, TUBE© telah mendapat permintaan yang tinggi daripada agensi kerajaan tempatan besreta agensi perkhidmatan awam. TUBE© adalah sebuah program yang dirangka khusus untuk membantu peserta membangunkan pelan transformasi dengan menggunakan pendekatan TUBE© yang dibangunkan berasaskan kerangka berasaskan hasil (outcome based) dengan kandungan program menjurus kepada membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dan sistematik mencakupi peringkat organisasi (makro) dan individu (mikro). Selain itu peserta TUBE© juga turut didedahkan kepada pengaplikasian teknik dalam merangka pelan tindakan peringkat organisasi dan juga individu.

LAWATAN KE BANDUNG COMMAND CENTER

Antara pengisian lain sepanjang 3 hari program TUBE© berlangsung, para peserta dibawa berkunjung ke Bandung Command Center hasil usahama PIPPA-Walikota Bandung di Balai Kota Bandung untuk berkongsi pengalaman transformasi digital pentadbiran Kota Bandung. Kunjungan ini disambut oleh Bpk Darto, AP., M.M Dinas Informasi & Komunikasi Kotamadya Bandung (Head of Dept Informations & Communications City of Bandung).

PIPPA USM
Bahagian Komunikasi Korporat - pippa@usm.my

MEDIA MASSA PIPPA

DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA

Tiada artikel terkini.