Nilai dan peranan Sumber Manusia semakin meningkat dan dihargai oleh organisasi, sebagai salah satu daripada tonggak asas yang memacu kecemerlangan organisasi. Tanggapan tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh sumber manusia dicerminkan oleh evolusi peristilahan yang digunapakai untuk merujuk kepada sumber manusia. Asalnya dalam sejarah pembangunan manusia, sumber manusia dirujuk sebagai buruh kasar (dalam era model pengeluaran), yang berubah kepada sumber manusia (merujuk kepada sebagai salah satu sumber penting dalam aktiviti penghasilan produk) dan seterusnya sebagai modal insan (setaraf dengan modal pelaburan/ kewangan), dan sekarang ini dirujuk sebagai bakat. Peralihan minda dan pemikiran, atau mindset tentang faktor manusia dalam aktiviti organisasi, merupakan perubahan dari memikirkan faktor manusia dari perspektif taktik dan operasi kepada pemikiran strategik – di mana bakat diurus secara strategik bagi memastikan tahap persaingan dan kecemerlangan organisasi. Di dalam sector swasta, kedudukan strategik sesebuah organisasi awam adalah kemampanan dan kerelevanan agensi berkaitan.