Pulau Pinang

Pengurusan Bakat Strategik
Untuk Sektor Awam

Nilai dan peranan Sumber Manusia semakin meningkat dan dihargai oleh organisasi, sebagai salah satu daripada tonggak asas yang memacu kecemerlangan organisasi. Tanggapan tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh sumber manusia dicerminkan oleh evolusi peristilahan yang digunapakai untuk merujuk kepada sumber manusia. Asalnya dalam sejarah pembangunan manusia, sumber manusia dirujuk sebagai buruh kasar (dalam era model pengeluaran), yang berubah kepada sumber manusia (merujuk kepada sebagai salah satu sumber penting dalam aktiviti penghasilan produk) dan seterusnya sebagai modal insan (setaraf dengan modal pelaburan/ kewangan), dan sekarang ini dirujuk sebagai bakat. Peralihan minda dan pemikiran, atau mindset tentang faktor manusia dalam aktiviti organisasi, merupakan perubahan dari memikirkan faktor manusia dari perspektif taktik dan operasi kepada pemikiran strategik – di mana bakat diurus secara strategik bagi memastikan tahap persaingan dan kecemerlangan organisasi. Di dalam sector swasta, kedudukan strategik sesebuah organisasi awam adalah kemampanan dan kerelevanan agensi berkaitan.

Maklumat Program

  • Nama program
    Pengurusan Bakat Strategik
    Untuk Sektor Awam
  • Tarikh Program
    13-14 Mac 2023
  • Tempat Pogram
    Pulau Pinang
  • Yuran
    MYR 2,000*
    (Yuran termasuk SST 6%)
 

Maklumat Lanjut

Email kami

04.653.6058
pippa@usm.my

Alamat untuk dihubungi

Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA)
Aras 2, Bangunan TORAY, 11800 USM, Penang


OBJEKTIF PROGRAM

Program ini direka untuk personel dan pegawai bukan HR, yakni untuk pegawai-pegawai yang tidak menjalankan fungsi-fungsi Pengurusan Sumber Manusia. Kumpulan sasaran ini penting, bagi mengubah minda pengurusan tertinggi supaya memahami peranan strategik yang dapat dimainkan oleh Jabatan Sumber Manusia dalam memastikan kecemerlangan organisasi. Kandungan program merangkumi overview, di samping mengelakkan perincian-perincian fungsi HR, dengan tujuan membentuk paradigma dan membina minda Strategic Human Resources.

Kandungan Program

Bahagian A
Apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan Bakat Strategik (Strategic Talent Management)
• Konteks Bakat dalam Kecemerlangan Organisasi;
• Evolusi Pengurusan Sumber Manusia ke Pengurusan Bakat Strategik dalam pembangunan organisasi;
• Peranan Jabatan Sumber Manusia dari fungsi Sumber Manusia taktikal kepada strategik.

Bahagian B
Bagaimana untuk mengurus Bakat secara Strategik?
• Pemikiran Strategik – Pembangunan Visi & Misi, Penilaian Persekitaran Dalaman dan Luaran
• Pengambilan (Recruitment)
• Proses Transisi (Onboarding)
• Pengurusan Prestasi (Performance Management)
• Pembangunan Bakat (Talent development)
• Perancangan Penggantian dan Exit (Succession Planning & Exit)

Metodologi

Program ini akan dijalankan secara interaktif dengani penyertaan aktif dari kalangan peserta. Program ini merangkumi aspek muhasabah diri di pelbagai peringkat, iaitu peringkat pra-program, semasa dan pasca program. Peserta juga akan terlibat di dalam sesi perbincangan, sesi sumbangsaran dan pendekatan melalui kajian kes. Bakal peserta juga digalakkan untuk mengetengahkan cabaran dan isu yang mereka hadapi berkaitan tajuk ke dalam perbincangan sepanjang program berlangsung.


Pemudahcara

Dato’ Dr. Musa Ali adalah Pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. Beliau juga bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sumber Manusia, USM. Memiliki ijazah sarjana Pentadbiran Awam dari USM dan ijazah kedoktoran pengurusan sumber manusia dari Murdoch University, Australia. Sehingga kini telah menghasilkan buku antaranya ‘Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam’ yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 dan ‘Transformasi Organisasi: Konsep dan Teknik Pelaksanaan’ (2015). Pada tahun 2016, buku beliau ‘Organisational Transformation : Concepts and Implementation Techniques’ diterbitkan Penerbit USM dengan kerjasama Educational Competencies Consortium (ECC), United Kingdom dan buku yang sama sedang diterjemahkan ke bahasa arab dijangka diterbitkan pada penghujung 2017. ‘myCPD’ sistem pembelajaran sepanjang hayat yang beliau asaskan telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 2008. Pada tahun 2008 juga beliau telah dianugerahkan biasiswa oleh Centre for Creative Leadership, Amerika Syarikat dan beliau adalah certified facilitator untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS®. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai perunding sumber manusia sebuah jabatan kerajaan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Di samping itu, beliau telah membangunkan sistem penjajaran sumber manusia antaranya sistem pengurusan latihan - myCPD, sistem pelan penggantian- myTalent, sistem analisis pekerjaan- myworkprofiling, sistem pemantauan perancangan - mySO-KFA dan sistem sumber manusia -myHR. Di bawah kepimpinannya PIPPA mempunyai rakan strategik luar negara antaranya di Australia, Jepun, Timur Tengah, Korea ,Eropah, Amerika Syarikat dan pelbagai agensi pusat dan negeri di Malaysia. Atas kepakarannya, beliau juga dilantik oleh pelbagai agensi antaranya sebagai Panel Penasihat Institute of Local Government (Universiti Utara Malaysia) , Panel Penilai Bebas Indeks SSR (MAMPU) , Adjunct Professor (DRB-Hicom University), Panel Pemilihan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (MAMPU) dan beliau juga adalah felo pelawat di CED4-System Dynamics Group, University of Palermo, Itali sejak 2015.