Pengukuhan Teknik Siasatan Dalaman Untuk Sektor Awam (Domestic Enquiry)
Berdasarkan laporan pada tahun 2022 bertajuk Nations On Occupational Fraud And Abuse yang disiarkan oleh Association Of Certified Fraud Examiners (salah laku dan salah guna kuasa di peringkat organisasi telah menyebabkan kerugian dan ketirisan besar sehingga USD 8600 setiap bulan bagi setiap organisasi Laporan itu turut menyebut bahawa seringkali salahguna kuasa sehingga menyebabkan ketirisan ini tidak dapat dikesan dan tidak diambil tindakan sehinggalah 24 bulan lamanya.
Dengan demikian kursus ini penting bagi mempertingkatkan kemahiran pegawai agensi jabatan dalam mengesan salah laku yang berlaku di organisasi masing masing dan seterusnya menjalankan siasatan dalaman menyediakan kertas siasatan memperbaiki teknik susunan dan aturan kertas siasatan serta mengenal pasti kelemahan kelemahan laporan siasatan serta cara mengatasinya dan mempertingkatkan kemahiran dalam aspek pertanyaan siasatan dan pengurusan barangan kes. Modul kursus ini adalah berlainan dengan tatacara siasatan yang di jalankan oleh PDRM, SPRM atau mana mana agensi jabatan beruniform penguatkuasa yang lain kerana ianya berlandaskan siasatan dalaman peringkat organisasi bukan penguatkuasa beruniform berdasarkan kuasa terhad yang ada.
Maklumat Lanjut
Email kami
Alamat untuk dihubungi
Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA)
Aras 2, Bangunan TORAY, 11800 USM, Penang
• 4 Prinsip Penting Siasatan
• Teknik Siasatan
• Etika Dan Integriti Pegawai Penyiasat
• Tugas Utama & Peranan Pegawai Penyiasat
• Jawatankuasa Siasatan Vs. Penyiasat Individu
• Kaedah / Kuasa Menyiasat
• “Tools ” Siasatan
• Latihan Klinikal Asas
• Prinsip Temubual
• Senario Kes
• Menginstitusikan Jawatankuasa Siasatan Agensi
• Cara Penulisan Transkrip Temubual
• Format Laporan Siasatan
• Pelaporan Siasatan Yang Berkesan
• Pegawai Yang Terlibat Dengan Siasatan Dalaman Agensi Jabatan
• Ahli Jawatankuasa Siasatan Dalaman Agensi Jabatan
• Pegawai Yang Terlibat Dalam Pengurusan Tatatertib Agensi Jabatan
• Pegawai Yang Terlibat Dalam Mengurus Dan Menerima Aduan Agensi Jabatan
• Pegawai Yang Menguruskan Sumber Manusia, Kewangan, Audit Dan Undang-Undang
• Kalangan Staf Yang Terlibat Dalam Menguruskan Prosedur Dan Fail Siasatan
Dr. Khairul Anuar bin Haji Che Azmi adalah Penasihat Undang Undang Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menyertai USM pada tahun 2008 dan merupakan peguambela dan peguamcara yang memiliki lebih daripada 24 tahun pengalaman sebagai pengamal undang undang dan peguambela & peguamcara di Malaysia dan di Adelaide, Australia. Bidang khusus beliau ialah segala yang berkaitan dengan integriti dan undang undang, salahguna kuasa dan rasuah serta hak harta intelek dan plagiarisme. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Undang Undang Universiti Awam Malaysia bagi penggal 2021 2023 dan Pengerusi Perhubungan Negeri ACeIO Pulau Pinang sejak tahun 2020. Beliau juga adalah Certified Legal Drafter of Royal Institute of Public Administration (International London UK Certified Arbitrator Malaysia Chapter, Certified Professional Intellectual Property Manager (daripada Malaysian Institute of Management (Certified Integrity Officer CeIO daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Certified Ombudsman from Pepperdine University, USA dan International Ombudsman Association dan juga Legal Entity Appointed Representative (of European Commission Di peringkat antarabangsa beliau aktif terlibat sebagai penceramah dalam bidang integriti harta intelek dan plagiarisme di bawah payung UNESCO ISTIC Training Workshop on Technopreneurship di pelbagai negara termasuk Thailand, Brunei, Kuwait, France, Sudan dan Trinidad Tobago di samping latihan dan penceramah yang berkaitan dengan integriti akademik dan Ombudsman di Paris serta di Seattle dan Los Angeles di Amerika Syarikat
Nilai dan peranan Sumber Manusia semakin meningkat dan dihargai oleh organisasi, sebagai salah satu daripada tonggak asas yang memacu kecemerlangan organisasi. Tanggapan tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh sumber manusia dicerminkan oleh evolusi peristilahan yang digunapakai untuk merujuk kepada sumber manusia.
Pengurusan pelan penggantian adalah perkara strategik dalam merangka masa hadapan yang perlu diberi perhatian oleh setiap organisasi. Pelan penggantian ialah proses mengenalpasti dan membangunkan bakat dalam kalangan kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan strategik dan kritikal organisasi tersebut.
TUBE© dirangka khusus untuk membantu peserta membangunkan pelan transformasi dengan menggunakan pendekatan TUBE©. Pendekatan TUBE© dibangunkan berasaskan kerangka berasaskan hasil (outcome based) dengan kandungan program menjurus kepada membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dan sistematik mencakupi peringkat organisasi (makro) dan individu (mikro).
Governance for Innovation or Innovation Governance can be thought of as a system of mechanisms to align goals, allocate resources and assign decision-making authority for innovation, across the organization and with external parties.
Every organization, whether public or private has its own unique culture. Even in the same government of the same country, culture is different in each organization. It is said, “Every organization has a culture, that is, a persistent patterned way of thinking about the central tasks of and human relations within an organization.
Kursus ini penting bagi mempertingkatkan kemahiran pegawai agensi jabatan dalam mengesan salah laku yang berlaku di organisasi masing masing dan seterusnya menjalankan siasatan dalaman menyediakan kertas siasatan memperbaiki teknik susunan dan aturan kertas siasatan serta mengenal pasti kelemahan kelemahan laporan siasatan serta cara mengatasinya dan mempertingkatkan kemahiran dalam aspek pertanyaan siasatan dan pengurusan barangan kes.
Cyberspace is the frontier where fierce competition amongst organizations and nations. This highly contested space is critical for the future development of nations. Its importance is premised on the exponential growth of the knowledge economy and industry 4.0; pillared on the rising digitalization and the connectedness of the global community.
Enhancing public sector performance is a key goal of governments around the world. Successful organisations understand that improving service delivery requires implementing the right talent management strategy.
" merekabentuk program latihan
mengikut keperluan organisasi
juga adalah kepakaran kami "
Hantar maklumat organisasi dan keperluan latihan organisasi anda yang diperlukan kepada pihak kami.