Untuk kekal relevan dan berdaya saing, organisasi tidak dapat mengelak daripada melakukan transformasi. Persoalan yang sering dibangkitkan ialah cara menterjemahkan hala tuju organisasi ke dalam bentuk strategi dan tindakan pada peringkat individu, sekali gus menginstitusikan dan menjadikan transformasi sebagai budaya dalam kalangan anggota organisasi. Dalam konteks ini, kajian* mendapati kebanyakan organisasi tidak mempunyai sistem untuk membantu melaksanakan strategi mereka. Justeru itu, ia menyebabkan hampir 90% dari organisasi gagal melaksanakan dengan jayanya strategi mereka. Malah kajian juga mendapati kurang 10% dari pekerja memahami strategi organisasi mereka. Tanpa memahami strategi tidak mungkin mereka dapat mengaitkan aktiviti harian mereka dengan kepentingan menjayakan misi organisasi
Kaplan & Norton (2006), The Execution Premium : Linking Strategy to Operations for Competitive Advantage, Harvard Business Press.
TUBE© dirangka khusus untuk membantu peserta membangunkan pelan transformasi dengan menggunakan pendekatan TUBE©. Pendekatan TUBE© dibangunkan berasaskan kerangka berasaskan hasil (outcome based) dengan kandungan program menjurus kepada membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dan sistematik mencakupi peringkat organisasi (makro) dan individu (mikro). Dengan kata lain program ini memberi panduan untuk menterjemahkan visi dan misi organisasi kepada tindakan peringkat individu.
* Yuran termasuk penginapan (bilik seorang), kit program, makan & minum dan sijil penyertaan
Maklumat Lanjut
Email kami
Alamat untuk dihubungi
Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA)
Aras 2, Bangunan TORAY, 11800 USM, Penang
Pada akhir program ini, peserta akan dapat;
Memahami keperluan dan kepentingan proses transformasi organisasi
Mengenalpasti elemen penting dalam melaksanakan transformasi organisasi
Memahami konsep dan proses pelaksanaan pendekatan TUBE ©
Menguasai teknik TUBE © dalam merangka pelan transformasi di peringkat organisasi dan individu
Organisasi dan tuntutan perubahan + Model perubahan
Kerangka pendekatan dan teknik TUBE ©
Merangka dan menghubungkaitkan halatuju organisasi dan peranan individu
Elemen High-Tech dan High-Touch dari dimensi TUBE ©
Mengaplikasikan teknik dalam merangka pelan tindakan peringkat organisasi dan individu
Program ini menggunakan gabungan kaedah ceramah, perbincangan kumpulan, kajian kes dan ujian/analisis inventori.
Dato’ Dr. Musa Ali adalah Pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. Beliau juga bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sumber Manusia, USM. Memiliki ijazah sarjana Pentadbiran Awam dari USM dan ijazah kedoktoran pengurusan sumber manusia dari Murdoch University, Australia. Sehingga kini telah menghasilkan buku antaranya ‘Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam’ yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 dan ‘Transformasi Organisasi: Konsep dan Teknik Pelaksanaan’ (2015). Pada tahun 2016, buku beliau ‘Organisational Transformation : Concepts and Implementation Techniques’ diterbitkan Penerbit USM dengan kerjasama Educational Competencies Consortium (ECC), United Kingdom dan buku yang sama sedang diterjemahkan ke bahasa arab dijangka diterbitkan pada penghujung 2017. ‘myCPD’ sistem pembelajaran sepanjang hayat yang beliau asaskan telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 2008. Pada tahun 2008 juga beliau telah dianugerahkan biasiswa oleh Centre for Creative Leadership, Amerika Syarikat dan beliau adalah certified facilitator untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS®. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai perunding sumber manusia sebuah jabatan kerajaan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Di samping itu, beliau telah membangunkan sistem penjajaran sumber manusia antaranya sistem pengurusan latihan - myCPD, sistem pelan penggantian- myTalent, sistem analisis pekerjaan- myworkprofiling, sistem pemantauan perancangan - mySO-KFA dan sistem sumber manusia -myHR. Di bawah kepimpinannya PIPPA mempunyai rakan strategik luar negara antaranya di Australia, Jepun, Timur Tengah, Korea ,Eropah, Amerika Syarikat dan pelbagai agensi pusat dan negeri di Malaysia. Atas kepakarannya, beliau juga dilantik oleh pelbagai agensi antaranya sebagai Panel Penasihat Institute of Local Government (Universiti Utara Malaysia) , Panel Penilai Bebas Indeks SSR (MAMPU) , Adjunct Professor (DRB-Hicom University), Panel Pemilihan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (MAMPU) dan beliau juga adalah felo pelawat di CED4-System Dynamics Group, University of Palermo, Itali sejak 2015.
Nilai dan peranan Sumber Manusia semakin meningkat dan dihargai oleh organisasi, sebagai salah satu daripada tonggak asas yang memacu kecemerlangan organisasi. Tanggapan tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh sumber manusia dicerminkan oleh evolusi peristilahan yang digunapakai untuk merujuk kepada sumber manusia.
Pengurusan pelan penggantian adalah perkara strategik dalam merangka masa hadapan yang perlu diberi perhatian oleh setiap organisasi. Pelan penggantian ialah proses mengenalpasti dan membangunkan bakat dalam kalangan kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan strategik dan kritikal organisasi tersebut.
TUBE© dirangka khusus untuk membantu peserta membangunkan pelan transformasi dengan menggunakan pendekatan TUBE©. Pendekatan TUBE© dibangunkan berasaskan kerangka berasaskan hasil (outcome based) dengan kandungan program menjurus kepada membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dan sistematik mencakupi peringkat organisasi (makro) dan individu (mikro).
Governance for Innovation or Innovation Governance can be thought of as a system of mechanisms to align goals, allocate resources and assign decision-making authority for innovation, across the organization and with external parties.
Every organization, whether public or private has its own unique culture. Even in the same government of the same country, culture is different in each organization. It is said, “Every organization has a culture, that is, a persistent patterned way of thinking about the central tasks of and human relations within an organization.
Kursus ini penting bagi mempertingkatkan kemahiran pegawai agensi jabatan dalam mengesan salah laku yang berlaku di organisasi masing masing dan seterusnya menjalankan siasatan dalaman menyediakan kertas siasatan memperbaiki teknik susunan dan aturan kertas siasatan serta mengenal pasti kelemahan kelemahan laporan siasatan serta cara mengatasinya dan mempertingkatkan kemahiran dalam aspek pertanyaan siasatan dan pengurusan barangan kes.
Cyberspace is the frontier where fierce competition amongst organizations and nations. This highly contested space is critical for the future development of nations. Its importance is premised on the exponential growth of the knowledge economy and industry 4.0; pillared on the rising digitalization and the connectedness of the global community.
Enhancing public sector performance is a key goal of governments around the world. Successful organisations understand that improving service delivery requires implementing the right talent management strategy.
" merekabentuk program latihan
mengikut keperluan organisasi
juga adalah kepakaran kami "
Hantar maklumat organisasi dan keperluan latihan organisasi anda yang diperlukan kepada pihak kami.