KOTA KINABALU

Membangunkan Pelan Penggantian: Strategi dan Pelaksanaan (JULAI)

Pengurusan pelan penggantian adalah perkara strategik dalam merangka masa hadapan yang perlu diberi perhatian oleh setiap organisasi. Pelan penggantian ialah proses mengenalpasti dan membangunkan bakat dalam kalangan kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan strategik dan kritikal organisasi tersebut. Pengurusan pelan penggantian yang komprehensif akan dapat menjamin kelestarian kepimpinan sesuatu organisasi dalam jangka sederhana dan panjang. Apabila tiba masa melaksanakan penggantian untuk jawatan strategik, keputusan yang bakal dilakukan banyak bergantung kepada perancangan dan tindakan yang telah organisasi lakukan sebelumnya. Persoalannya, apakah strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan pengurusan pelan penggantian?

Apakah teknik yang boleh diaplikasikan untuk membolehkan pelan penggantian itu dapat dijadikanrujukan kepada pengurusan organisasi dalam membuat keputusan pengisian jawatan-jawatan kritikal dalam sesuatu organisasi? Program ini direkabentuk khusus untuk menjawab persoalan tersebut.

Maklumat Program

  • Nama program
    Membangunkan Pelan Penggantian:
    Strategi dan Pelaksanaan
  • Tarikh Program
    4-5 Julai 2023
  • Tempat Pogram
    Kota Kinabalu, Sabah
  • Yuran
    MYR 2,000*
    * Yuran tidak termasuk SST 6%
 

Maklumat Lanjut

Email kami

04.653.6058
pippa@usm.my

Alamat untuk dihubungi

Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA)
Aras 2, Bangunan TORAY, 11800 USM, Penang


Matlamat Program

Pada akhir program ini, peserta akan dapat;

• Memahami keperluan dan kepentingan pengurusan  pelan penggantian

• Memahami elemen penting dalam pengurusan pelan penggantian

• Menguasai konsep 9 kotak dalam pelan    penggantian

• Memahami kaedah pengurusan data dan sistem pengurusan pelan penggantian

• Merangka pelan tindakan

Kandungan Program

• Pengenalan kepada pengurusan bakat
dalam organisasi

• Lima strategi utama pembangunan
pelan penggantian

• Konsep ‘9 kotak’ (‘nine-box’) dalam pelan penggantian

• Pengurusan data bakat dan sistem
pelan penggantian

• Analisis jurang

• Membangunkan pelan tindakan

Metodologi

Program ini menggunakan gabungan kaedah ceramah, perbincangan kumpulan dan kajian kes.


Pemudahcara

Dato’ Dr. Musa Ali adalah Pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. Beliau juga bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sumber Manusia, USM. Memiliki ijazah sarjana Pentadbiran Awam dari USM dan ijazah kedoktoran pengurusan sumber manusia dari Murdoch University, Australia. Sehingga kini telah menghasilkan buku antaranya ‘Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam’ yang dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 dan ‘Transformasi Organisasi: Konsep dan Teknik Pelaksanaan’ (2015). Pada tahun 2016, buku beliau ‘Organisational Transformation : Concepts and Implementation Techniques’ diterbitkan Penerbit USM dengan kerjasama Educational Competencies Consortium (ECC), United Kingdom dan buku yang sama sedang diterjemahkan ke bahasa arab dijangka diterbitkan pada penghujung 2017. ‘myCPD’ sistem pembelajaran sepanjang hayat yang beliau asaskan telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 2008. Pada tahun 2008 juga beliau telah dianugerahkan biasiswa oleh Centre for Creative Leadership, Amerika Syarikat dan beliau adalah certified facilitator untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS®. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai perunding sumber manusia sebuah jabatan kerajaan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Di samping itu, beliau telah membangunkan sistem penjajaran sumber manusia antaranya sistem pengurusan latihan - myCPD, sistem pelan penggantian- myTalent, sistem analisis pekerjaan- myworkprofiling, sistem pemantauan perancangan - mySO-KFA dan sistem sumber manusia -myHR. Di bawah kepimpinannya PIPPA mempunyai rakan strategik luar negara antaranya di Australia, Jepun, Timur Tengah, Korea ,Eropah, Amerika Syarikat dan pelbagai agensi pusat dan negeri di Malaysia. Atas kepakarannya, beliau juga dilantik oleh pelbagai agensi antaranya sebagai Panel Penasihat Institute of Local Government (Universiti Utara Malaysia) , Panel Penilai Bebas Indeks SSR (MAMPU) , Adjunct Professor (DRB-Hicom University), Panel Pemilihan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (MAMPU) dan beliau juga adalah felo pelawat di CED4-System Dynamics Group, University of Palermo, Itali sejak 2015.


PROGRAM PIPPA 2023

PIPPA INTERNATIONAL OUTREACH PROGRAMME • PIPPA PUBLIC PROGRAMME

  • Pengurusan Bakat Strategik Untuk Sektor Awam

    Nilai dan peranan Sumber Manusia semakin meningkat dan dihargai oleh organisasi, sebagai salah satu daripada tonggak asas yang memacu kecemerlangan organisasi. Tanggapan tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh sumber manusia dicerminkan oleh evolusi peristilahan yang digunapakai untuk merujuk kepada sumber manusia.

    Tarikh Program
       13-14 Mac 2023

    Tempat
       Pulau Pinang

    Yuran
       MYR 2,000*
      * Yuran adalah termasuk SST 6%
  • Membangunkan Pelan Penggantian: Strategi dan Pelaksanaan

    Pengurusan pelan penggantian adalah perkara strategik dalam merangka masa hadapan yang perlu diberi perhatian oleh setiap organisasi. Pelan penggantian ialah proses mengenalpasti dan membangunkan bakat dalam kalangan kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan strategik dan kritikal organisasi tersebut.

    Tarikh Program
       8-9 Mei 2023

    Tempat
       Kota Kinabalu, Sabah

    Yuran
       MYR 2,000*
  • TUBE© Transformasi Organisasi Melalui Tadbir Urus Bersepadu

    TUBE© dirangka khusus untuk membantu peserta membangunkan pelan transformasi dengan menggunakan pendekatan TUBE©. Pendekatan TUBE© dibangunkan berasaskan kerangka berasaskan hasil (outcome based) dengan kandungan program menjurus kepada membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dan sistematik mencakupi peringkat organisasi (makro) dan individu (mikro).

    Tarikh Program
       12-16 Jun 2023

    Tempat
       Bandung, Indonesia

    Yuran
       MYR 6,700 

  • governance for Innovation: european approach

    Governance for Innovation or Innovation Governance can be thought of as a system of mechanisms to align goals, allocate resources and assign decision-making authority for innovation, across the organization and with external parties.

    Course Date
       10-16 July 2023

    Course Venue
       Munich, Germany

    Course Fee
       €5,500 

  • Building a High Performance Work Culture in the Public Sector: Japan Experience

    Every organization, whether public or private has its own unique culture. Even in the same government of the same country, culture is different in each organization. It is said, “Every organization has a culture, that is, a persistent patterned way of thinking about the central tasks of and human relations within an organization.

    Course Date
       14-20 August 2023

    Course Venue
       Tokyo, Japan

    Course Fee
       USD4,500 

  • Pengukuhan Teknik Siasatan Dalaman Untuk Sektor Awam (Domestic Enquiry)

    Kursus ini penting bagi mempertingkatkan kemahiran pegawai agensi jabatan dalam mengesan salah laku yang berlaku di organisasi masing masing dan seterusnya menjalankan siasatan dalaman menyediakan kertas siasatan memperbaiki teknik susunan dan aturan kertas siasatan serta mengenal pasti kelemahan kelemahan laporan siasatan serta cara mengatasinya dan mempertingkatkan kemahiran dalam aspek pertanyaan siasatan dan pengurusan barangan kes. 

    Tarikh Program
       29-30 Mei 2023

    Tempat
       Pulau Pinang

    Yuran
       MYR 1,800*
      * Yuran adalah termasuk SST 6%
  • Enhancing Cyber Security in the Public Sector

    Cyberspace is the frontier where fierce competition amongst organizations and nations. This highly contested space is critical for the future development of nations. Its importance is premised on the exponential growth of the knowledge economy and industry 4.0; pillared on the rising digitalization and the connectedness of the global community.

    Course Date
       5-11 November 2023

    Course Venue
       London, UK

    Course Fee
       £5,000 

  • Competencies Know How: The Foundation of Talent Management

    Enhancing public sector performance is a key goal of governments around the world. Successful organisations understand that improving service delivery requires implementing the right talent management strategy.

    Course Date
       19-25 November 2023

    Course Venue
       London, UK

    Course Fee
       £6,500 

" merekabentuk program latihan
mengikut keperluan organisasi
juga adalah kepakaran kami "


Hantar maklumat organisasi dan keperluan latihan organisasi anda yang diperlukan kepada pihak kami.