Program ini dirangka khusus untuk membantu pihak pengurusan membina kompetensi teras dengan membangunkan pelan transformasi menggunakan TUBE©. Pendekatan TUBE© ini dibangunkan berasaskan kerangka berasaskan hasil (outcome based) dengan kandungan program menjurus kepada membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dan sistematik mencakupi organisasi (Makro) dan individu (Mikro) juga. Dengan kata lain, program ini memberikan panduan untuk menterjemahkan vis/misi organisasi kepada tindakan peringkat individu.
PROGRAM UMUM
PIPPA 2023
PENGURUSAN BAKAT STRATEGIK
UNTUK SEKTOR AWAM
15 Ogos 2022
—19 Ogos, 2022
13 Mac 2023 — 14 Mac 2023
Nilai dan peranan Sumber Manusia semakin meningkat dan dihargai oleh organisasi, sebagai salah satu daripada tonggak asas yang memacu kecemerlangan organisasi. Tanggapan tentang peri pentingnya peranan yang dimainkan oleh sumber manusia dicerminkan oleh evolusi peristilahan yang digunapakai untuk merujuk kepada sumber manusia. Asalnya dalam sejarah pembangunan manusia, sumber manusia dirujuk sebagai buruh kasar (dalam era model pengeluaran), yang berubah kepada sumber manusia (merujuk kepada sebagai salah satu sumber penting dalam aktiviti penghasilan produk) dan seterusnya sebagai modal insan (setaraf dengan modal pelaburan/ kewangan), dan sekarang ini dirujuk sebagai bakat.
MEMBANGUNKAN PELAN PENGGANTIAN:
STRATEGI DAN TEKNIK PELAKSANAAN
8 Mei 2023
—9 Mei 2023
8 Mei 2023 — 9 Mei 2023
Pengurusan pelan penggantian adalah perkara strategik dalam merangka masa hadapan yang perlu diberi perhatian oleh setiap organisasi. Pelan penggantian ialah proses mengenalpasti dan membangunkan bakat dalam kalangan kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan strategik dan kritikal organisasi tersebut. Pengurusan pelan penggantian yang komprehensif akan dapat menjamin kelestarian kepimpinan sesuatu organisasi dalam jangka sederhana dan panjang. Apabila tiba masa melaksanakan penggantian untuk jawatan strategik, keputusan yang bakal dilakukan banyak bergantung kepada perancangan dan tindakan yang telah organisasi lakukan sebelumnya. Persoalannya, apakah strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan pengurusan pelan penggantian?
PENGUKUHAN TEKNIK SIASATAN DALAMAN
UNTUK SEKTOR AWAM (Domestic Enquiry)
30 Mei 2023
—31 Mei 2023
30 Mei 2023 — 31 Mei 2023
Berdasarkan laporan pada tahun 2022 bertajuk Nations On Occupational Fraud And Abuse yang disiarkan oleh Association Of Certified Fraud Examiners (salah laku dan salah guna kuasa di peringkat organisasi telah menyebabkan kerugian dan ketirisan besar sehingga USD 8600 setiap bulan bagi setiap organisasi. Laporan itu turut menyebut bahawa seringkali salahguna kuasa sehingga menyebabkan ketirisan ini tidak dapat di kesan dan tidak diambil tindakan sehinggalah 24 bulan lamanya. Dengan demikian kursus ini penting bagi mempertingkatkan kemahiran pegawai agensi jabatan dalam mengesan salah laku yang berlaku di organisasi masing masing dan seterusnya menjalankan siasatan dalaman menyediakan kertas siasatan memperbaiki teknik susunan dan aturan kertas siasatan serta mengenal pasti kelemahan kelemahan laporan siasatan serta cara mengatasinya dan mempertingkatkan kemahiran dalam aspek pertanyaan siasatan dan pengurusan barangan kes.
MEMBANGUNKAN PELAN PENGGANTIAN:
STRATEGI DAN TEKNIK PELAKSANAAN (JULAI)
3 Julai 2023
—4 Julai 2023
4 Julai 2023 — 5 Julai 2023
Pengurusan pelan penggantian adalah perkara strategik dalam merangka masa hadapan yang perlu diberi perhatian oleh setiap organisasi. Pelan penggantian ialah proses mengenalpasti dan membangunkan bakat dalam kalangan kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan strategik dan kritikal organisasi tersebut. Pengurusan pelan penggantian yang komprehensif akan dapat menjamin kelestarian kepimpinan sesuatu organisasi dalam jangka sederhana dan panjang. Apabila tiba masa melaksanakan penggantian untuk jawatan strategik, keputusan yang bakal dilakukan banyak bergantung kepada perancangan dan tindakan yang telah organisasi lakukan sebelumnya. Persoalannya, apakah strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan pengurusan pelan penggantian?
PENGUKUHAN TEKNIK SIASATAN DALAMAN
UNTUK SEKTOR AWAM (Domestic Enquiry)
16 Okt 2023
—17 Okt 2023
16 Okt 2023 — 17 Okt 2023